Webinar Cyber Hygiene
23 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Webinar Cyber Hygiene yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet di NADI Sungai Bandung. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pemahaman peserta mengenai amalan keselamatan siber yang baik dalam penggunaan teknologi dan peranti digital.
Sepanjang sesi webinar, peserta diperkenalkan kepada langkah-langkah asas menjaga keselamatan akaun dan data peribadi, termasuk penggunaan kata laluan yang kuat, pengesahan dua faktor, dan pengurusan e-mel yang selamat. Penceramah juga berkongsi tips mengenal pasti ancaman siber seperti phishing, malware, dan penipuan dalam talian serta cara mencegahnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: